Thursday, May 5, 2011

ASAL USUL WAN KEDAH

Keturunan WAN negeri Kedah pula berlainan dgn keturunan WAN dari Kelantan… Keturunan WAN dari Kelantan adalah drpd kerabat2 DiRaja, manakala keturunan WAN dari negeri Kedah pulak dikatakan berasal dari keturunan PAHLAWAN & juga kesetia DiRaja…

Sultan Kedah menganugerahkan gelaran WAN kepada pahlawan-pahlawan/ panglima-panglima Istana yang banyak berbakti untuk negeri Kedah.

Masa zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Siam telah menyerang  Kedah. Masa ni cerita nya mula bagi gelaran WAN kat Panglima Panglima Kedah :
-          Datuk Bendahara diberi nama Wan Mohd. Sidek;
-           Datuk Temenggung  diberi nama Wan Musa. 

 Bendahara, Temenggung, Laksama, etc juga dianugerahkan gelaran WAN dan gelaran itu telah terus digunakan sampai cucu cicit hingga sekarang.

9 comments:

  1. pandai2 aje duk reka asal usul wan. sebenarnya wan ini asalnya gelaran "LUANG" anugerah raja siam untuk penghulu2 yg dilantiknya. Boleh diwarisi oleh anak2 pekerjaan dan gelaran itu.

    ReplyDelete
  2. Apa hebatnya semua nak asal dari Siam.??..tidak adakah yg berasal dari Kerajaan Melayu.....Wan juga berasal dari Melayu Champa......

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ketiga-tiga maklumat diatas Tak lengkap langsung dan sekerat-sekerat...
    -
    Wan Empuk & Wan Malini , siapakah mereka ? Sebenarnya semua WAN, tak kira keturunan apa, dari mana dan di mana sahaja..adalah dari keturunan yang sama. Wan adalah sama makna dengan Raja, Amir atau KeTUA, yang TUA..WAN = RAJA..
    -
    Cucu-cucu memanggill datok mereka Tok Wan (di Kedah)...WAN = Yang TUA, Tanda penghormatan sebagai tempat merujuk, mengadu, belajar, mengurus dan sebagainya. Berakir sebagai panggilan Ketua Puak, WAN = RAJA.. anak keturunan dipanggil Wan, bermula dihadapan nama lelaki atau perempuan. diwarisi oleh Lelaki sahaja.
    -
    Sekian. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  5. Mengikut adat di kedah/Perlis... anak seorang Sharifah yang berkahwin dengan lelaki tiada bergelar akan dinamakan dengan 'gelaran 'Wan'.. selain dari jika ayahnya bergelar 'Wan'

    ReplyDelete
  6. Wan dan nik dari pattani,kelantan,terengganu serta sulawisi adalah keturunan bugis dari johor lama (Raja Ronan Andik Ali atau fakih ali)perkahwinan pertama anak bendahara johor bernama Wan teja dan isteri ke dua (2) dari pattani anak tok masjid bernama dewi inilah salasilah wan kelantan,kerajaan Romen pattani akan berkait pejuang POLO

    ReplyDelete
  7. tulisan di atas adalah bapanya dan generasi tok jiwa dan mat saman kedah

    ReplyDelete
  8. Salah ni..
    Wan Kedah dah lama dah ada di negeri Kedah..
    Sejak Sultan Mudzafar Shah pertama lagi..
    Ini yg diceritakan oleh leluhur saya...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah saya dari keturunan Wan Asal usul dari Jalur Raja Pattani

    ReplyDelete