Thursday, May 5, 2011

PANTANG LARANG KETURUNAN WAN KELANTAN YANG BERKAIT DENGAN KETURUNAN RAJA JEMBAL

Mungkin kerabat diraja jembal pernah mendengar larangan memakan ikan kekacang dan rebung buluh. Banyak cerita dan kisah didengari mengenai larangan ini namun yang manakah benar akan kepantang yang telah dilarang kepada anak cucu cicitnya. 

Kisah Pertama

Kerajaan Jembal ini bermula dari seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja bersiong yang telah singgah di Kota Jembal. Raja bersiong ini dikatakan telah membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian.

Adanya kisah yang mengatakan bahawa Raja Sakti berasal dari buluh betung manakala Puteri Mani Kemian. Terdapat juga menyatakan Raja bersiong telah mewasiatkan anak cucunya supaya tidak memakan rebung buluh betong dan tidak membenarkan membuat apa-apa alatan dari buluh betung.Selain itu juga mereka tidak dibenarkan memakan ikan kekacang. Turut juga keturunan Long Ghaffar dan Long Yunus.

Buluh Betung 
Ikan Kekacang








Kisah Kedua

Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.

Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya.


Ikan Kekacang

No comments:

Post a Comment