Friday, May 6, 2011

Pertubuhan Kerabat Keturunan Wan

 


Sejarah Penubuhan Pertubuhan Kerabat Keturunan Wan (PKKW)
PKKW telah ditubuhkan pada bulan enam (6) tahun 2010, oleh saudara Ikhwan bin Ismail yang juga dari keturunan Wan bersalasilah dari keturunan Tok Mesir (Haji Wan Mahmud). Tujuan utama penubuhan adalah untuk menyatukan semua kaum kerabat keturunan wan & juga yang berkait rapat dengan asal usul keturunan wan termasuklah keturunan Nik, Wan, Che, Tuan, Tengku Kelantan. Selain itu, pertubuhan ini juga bertujuan menghimpun keturunan wan dari pelbagai negeri dengan perkongsian sejarah asal usul masing-masing.


Ringkasan Perlembagaan Pertubuhan Kerabat Keturunan Wan 



1.0 NAMA DAN ALAMAT PERTUBUHAN

1.1 : Pertubuhan ini dikenali dengan nama "Pertubuhan Kerabat Keturunan Wan"
1.2: Alamat Pendaftaran


(Dalam Proses Penetapan)
sila hubungi : 03-87500034/013-2729715 


Alamat Surat Menyurat

(Dalam Proses Penetapan)


2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERTUBUHAN

2.1 Untuk mengadakan hubungan yang erat di kalangan anggota kerabat
2.2 Untuk merapatkan semula ikatan kekeluargaan antara kerabat dan 
keluarga keturunan Wan yang datangnya dari keturunan Sayyid, Syaikh, Syeikh, Sharifah, Nik, Che, Tuan, Tengku atau mana-mana yang berkaitan dengan Keturunan Wan.
2.3 Menyemai dan menanam semangat jayadiri dan berdikari dengan tujuan untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan ahli-ahli kerabat dan keluarga.
2.4 Untuk menubuhkan satu badan kebajikan khusus bagi ahli-ahli kerabat dan keluarga dengan tujuan membiayai kegiatan ekonomi terutama kepada kerabat dan keluarga yang miskin serta memerlukan bantuan yang sedemikian.
2.5 Untuk mewujudkan pakatan dan kerjasama dalam sebarang kegiatan yang bermanfaat dikalangan ahli kerabat dan masyarakat.
2.6 Untuk mengadakan kajian dan penyelidikan untuk tujuan penulisan sejarah berkenaan kegemilangan keraja jembal bagi tujuan persejarahan tanahair secara amnya
2.7 Pertubuhan ini tidak akan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan politik serta berpihak atau dipergunakan bagi tujuan-tujuan politik mana-mana pihak pun.
2.8 Pertubuhan ini akan sentiasa berdiri teguh, taat setia menjunjung kasih di bawah naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Darul Naim.
2.9 Pertubuhan ini akan berdiri teguh di bawah naungan pemerintahan kerajaan yang diberikan oleh rakyat mandat memerintah.



3.0 KEAHLIAN

3.1 Keahlian adalah terbuka kepada kerabat dan keluarga yang datangnya dari keturunan Wan seluruh Tanah Melayu.

3.2 Had Umur menjadi ahli ialah 18 tahun pada 1 januari tahun berkenanan

3.3 Pemohonan untuk menjadi ahli boleh dilakukan melalui Setiausaha Pertubuhan Kerabat Keturunan Wan



4.0 BAYARAN MASUK DAN YURAN 

      (DALAM PROSES PENETAPAN)